Pages

Tuesday, January 10, 2012

Anwar bebas

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, melepaskan dan membebaskan Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah dikemukakan pasukan pembelaan, diketuai Karpal Singh. Anwar, 64, yang juga Ketua Pembangkang diperintah membela diri pada 16 Mei tahun lalu.

Dengan nada yang tenang tetapi pantas, Hakim Mohamad Zabidin membacakan keputusannya pada jam 9.15 pagi dan selesai hanya beberapa minit kemudian sebelum beredar masuk ke dalam kamarnya.
Hakim Mohamad Zabidin memutuskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus berhubung integriti sampel DNA yang diambil dari Mohd Saiful Bukhari.

“Mahkamah hanya mempunyai keterangan Mohd Saiful, bagaimanapun tiada keterangan menyokong dikemukakan.

“Dalam kes jenayah seksual, adalah tidak selamat untuk bergantung bukti dengan Mohd Saiful semata-mata. Oleh itu tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Sebaik saja keputusan selesai dibacakan, Anwar terus memandangkan dan memeluk isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa ahli keluarga termasuk anak perempuannya, Nurul Izzah serta tersenyum ke arah penyokongnya yang lain.

Sementara itu, pihak pendakwaan belum memutuskan sama ada pihaknya akan merayu atau tidak terhadap keputusan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan merujuk kepada Peguam Negara berhubung perkara itu.

Menurutnya, berdasarkan peruntukan undang-undang, pihak pendakwaan mempunyai tempoh 14 hari untuk memfailkan notis rayuan. Selain Noorin, pendakwaan diwakili oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan manakala, Anwar turut diwakili peguam Ramkarpal Singh dan S N Nair.

Reference ::  Harian metro

*Undang-undang tetap undang-undang..salah tetap salah dan tidak bersalah tetap tidak bersalah ..

Pesan telefon dapat lesung

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.
Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.
“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.
Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).

Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.

“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.

Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.

“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.

Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.

Reference :: Harian metro

*ehm .. no komen about this thing .. hehehe ..

Emas dalam batu jalan

JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.
Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.
Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.

Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.
Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000. “Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya. Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.

“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan. “Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin. “Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.

Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar. Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit. Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.

Reference :: Harian Metro

*orang2 johor jadi kaya la pas ni .. hihihihi .. gud thing some time happen ..

Perhimpunan penyokong Anwar tercemar 3 bom meletup

KUALA LUMPUR: “Letupan itu lebih kuat daripada bunyi mercun dan ia meletup betul-betul ketika empat orang yang berada depan saya berjalan berhampiran deretan kon lalu lintas yang sedia ada di situ,” kata Naraza Muda, 38.
Dia antara saksi kejadian letupan bom buatan sendiri yang menggemparkan perhimpunan dihadiri ribuan orang pada hari keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, pagi semalam.
Naraza berkata, dia terus meniarap di atas jalan dan sebaik melihat keempat-empat orang tadi terbaring berdekatan kawasan letupan itu, dengan pantas dia mengalihkan mereka ke kawasan selamat sebelum polis yang berdekatan membantu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lima cedera akibat tiga letupan yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri itu dan mereka dikenali sebagai Isaiah Jacob, 46; Tang Eng Chee, 48, Yeoh Min Kit, 27, Ng Kien Seng, 36, dan Johari Mansor, 21. “Semua mangsa dibawa menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mereka diberi rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Bom dipercayai buatan sendiri


Reference :: Harian Metro

* Ehm nampaknya Malaysia dh macam luar negara main bom2. Apa la nk jadi .. ini la dikatakan x menghargai keamanan ..