Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah dikemukakan pasukan pembelaan, diketuai Karpal Singh. Anwar, 64, yang juga Ketua Pembangkang diperintah membela diri pada 16 Mei tahun lalu.
Dengan nada yang tenang tetapi pantas, Hakim Mohamad Zabidin membacakan keputusannya pada jam 9.15 pagi dan selesai hanya beberapa minit kemudian sebelum beredar masuk ke dalam kamarnya.
Hakim Mohamad Zabidin memutuskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus berhubung integriti sampel DNA yang diambil dari Mohd Saiful Bukhari.
“Mahkamah hanya mempunyai keterangan Mohd Saiful, bagaimanapun tiada keterangan menyokong dikemukakan.
“Dalam kes jenayah seksual, adalah tidak selamat untuk bergantung bukti dengan Mohd Saiful semata-mata. Oleh itu tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.
Sebaik saja keputusan selesai dibacakan, Anwar terus memandangkan dan memeluk isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa ahli keluarga termasuk anak perempuannya, Nurul Izzah serta tersenyum ke arah penyokongnya yang lain.
Sementara itu, pihak pendakwaan belum memutuskan sama ada pihaknya akan merayu atau tidak terhadap keputusan itu.
Menurutnya, berdasarkan peruntukan undang-undang, pihak pendakwaan mempunyai tempoh 14 hari untuk memfailkan notis rayuan. Selain Noorin, pendakwaan diwakili oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan manakala, Anwar turut diwakili peguam Ramkarpal Singh dan S N Nair.
Reference :: Harian metro
*Undang-undang tetap undang-undang..salah tetap salah dan tidak bersalah tetap tidak bersalah ..
No comments:
Post a Comment